Biografi: Muhammad bin Abdullah

Perjalanan hidup seorang Nabi

Ababil
Burung yang diutus Allah bagi menghancurkan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang berniat menghancurkan Kaabah.

Ahli syajarah
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang terlibat dalam Perjanjian Hudaibiah yang dilakukan di bawah sebuah pokok samurah.

Akhirat
Hari manusia dibangkitkan semula selepas kiamat untuk dihakimi dan dihukum berdasarkan perbuatannya di dunia di hadapan Allah.

Al-Amin
Gelaran yang diberikan oleh masyarakat Quraisy kepada Nabi Muhammad sebelum turun wahyu. Ia bererti "orang yang dipercayai".

Al-Fai'
Harta rampasan daripada pengusiran ataupun perjanjian.

Al-Rahman
Salah satu nama dan sifat Allah yang bermakna maha pemurah.

Al-riwayat
Menyampaikan berita daripada seseorang kepada orang lain dengan menyebutkan pembawa berita itu.

Al-Sabiqun al-Awwalin
Orang-orang yang paling awal masuk Islam semasa di Mekah.

Al-Sadiq al-Amin
Gelaran yang diberikan orang Quraisy kepada Muhammad sebelum menjadi rasul. Ia bermaksud orang yang benar dan dipercayai.

Al-U'dhal wa al-Qaraah
dua suku Arab yang mengkianati Islam dengan berpura-pura masuk Islam dan memohon daripada Muhammad supaya menghantar wakil mengajar Islam kepada suku mereka.

Alam Barzakh
Alam Barzakh adalam alam kubur yang meliputi soal jawap malaikat, kesenangan ataupun seksa kubur.

Alim
terpelajar, cendekiawan

Allahuakbar
Ia bermaksud Allah Maha Besar.

Amirul Mukminin
Gelaran yang diberikan kepada seorang khalifah yang bermaksud ketua orang-orang yang beriman.

Ansar
Kaum yang menempati Kota Madinah dan terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj

Ashabul Samurah
Samurah adalah nama pokok yang terdapat di Hudaibiah tempat Muhammad dan sahabat-sahabatnya membuat Perjanjian Hudaibiah.

Badwi
orang-orang yang hidup di kawasan pedalaman atau kampung yang tidak terdedah dengan budaya bandar dan hidup berpindah randah (nomad)

Baiah al-Aqabah Al-Ula
Baiah bermakna janji .Manakala Aqabah adalah sebuah bukit di Mina di luar Mekah. Al-Ula bermakna pertama.

Baiah
perjanjian atau pengakutan taat setia.

Bait al-Makmur
Tempat yang terdapat di langit ketujuh. Ia Adalah kiblat dan Kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat beribadah.

Baligh
Kriteria yang menunjukkan kanak-kanak itu sudah dewasa, sempurna akal fikiran dan fizikalnya dan dibebani dengan kewajipan-kewajipan syariat.

Barrah
Bermakna daratan atau tanah. Ia adalah mimpi Abdul Mutallib yang menyuruh menggali tanah yang terdapat di sekitar Kaabah.

Bismikallahumma
Ungkapan ini dibaca semasa berdoa yang bermaksud 'Dengan namamu Allah, kami memohon'

Bismillah
Bermaksud ' Dengan nama Allah'. Setiap Muslim degalakkan membacanya setiap kali melakukan perbuatan kebajikan

Bujad
Bujad adalah kain selimut yang kasar

Bulan Haram
Bulan yang mulia, dihormati atau bulan yang suci dam diharamkan berlakunya peperangan iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Buraq
Kenderaan leuar biasa dari syurga yang membawa malaikat Jibril dan Nabi Muhammad pada peristiwa malam Israk dan Mikraj.

Dafinullah
Perkara yang dikuburkan Allah. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada Asim bin Thabit kerana semasa beliau mati syahid dipanah oleh orang-orang suku al-U'dhal dan al-Qar'ah, mereka mahu memenggal kepada beliau untuk dijadikan tebusan. Namun, Asim pernah bersumpah tidak akan menyentuh kulit orang bukan Islam dan tidak akan membenarkan orang bukan Islam menyentuh kulitnya. Allah menunaikan sumpahnya ini. Apabila orang 'Udhail dan Qarrah ingin mengambil mayatnya, tiba-tiba lebah-lebah datang mengerumuninya. Mereka menunggu sehinggah malam dengan harapan lebah-lebah itu beredar pada waktu malam. Namun, apabila malam tiba, hujan turun dengan lebat sehinggah mayat Asim telah dihanyutkan air dan mereka tidak menemukannya. Mayat Asim telah hilang daripada permukaan bumi. Oleh itu, beliau digelar dengan Dafinullah atau dafinul malaikah.

Dakwah
seruan atau ajakan untuk beriman kepada Allah dan mematuhi undang-undangnya.

Dar al-Nadwah
Dewan mesyuarat.

0 comments:

About this blog

Muhammad... nama seorang lelaki agung.
Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,
Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,
Petunjuknya membawa kita ke syurga,
Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.

Note

Assalamualaikum. minta maaf jika tersilap,mohon tolong saya betulkan.

Total Pageviews

Banner

Powered by Blogger.

About Me

My Photo
razali
SSH Premium
View my complete profile
There was an error in this gadget