Biografi: Muhammad bin Abdullah

Perjalanan hidup seorang Nabi

Ibrahim Membina bangunan Kaabah

Tuhan memerintahkan Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya ditinggalkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di sebuah lembah gunung-ganang berbatu di tengah padang pasit yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang kosong dan kering kontang.

Ibrahim berasal dari Palestin. Di Mekah, beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Apabila mereka ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kenara di situ tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.

Semasa Ibrahim hendak meniggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakan sambil bertanyakan mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehiggah akhirnya Siti Hajar bertanya, "adakah ini perintah Allah?''  ''Benar", jawap Ibrahim.

Siti Hajar berkata dengan penuh yakin, "kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita. Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu.

Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar suda mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, Jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila Ismail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Inilah sejarah telaga zamzam yang masih mengeluarkan airnya sehinggah ke hari ini. Telaga ini terletak di berdekatan dengan bangunan Kaabah di Mekah.
Bersambung....

Sambungan...

Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan bandar Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar dam menjadi sumber air dan sumber kehidupan di Yaman pada masa itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang sememangnya terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini bagi menampung air hujan bagi keperluan dan pertanian mereka. Apabila mereka ingkat kepada Tuhan, Tuhan memecahkan empangan ini.

Selepas sempangan ini pecah, bangsa Arab yang berasal dari Yaman berpindah dan mencari tempat-tempat baru. Bertebaranlah bangsa Arab ini ke seluruh Semenanjung Arab. Suku Thaqif berpindah ke Taif. Suku Aus dan suku Khazrah ke Madinah. Suku Ghasasinah sampai ke negeri Syam. Suku Manazirah pula sampai ke sempadan Iraq.

Pada masa itu, suku Jurhum melalui kawasan berdekatan degan Mekah. Mereka ternampak burung-burung bertebangan. Itu adalah petanda ada air di kawasan itu. Mereka tahu selama ini memang tidak pernah ada air di kawasan Mereka. Mereka perlu memeriksa adakah benar ada air di situ.

Apabila mereka melihat ada seorang wanita bersama anak kecil di tempat air, mereka tidak merampas air Zamzam itu daripadanya kerana mereka suku kaum yang baik. Malah mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.

Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan  memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah di atas tapad asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan.

Semasa Ibrahim dan Ismail hampir siap membina Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan seketul batu dari Syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad, ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini.

Kaabah hanyalah bangunan daripada batu yang disusun-susun. Bagaimana hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah? Oleh itu, Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia.

Ibrahim berkata , "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas Ibrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.

Ibrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara Ibrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati mereka rasa cinta bagi memuliakan Kaabah. Dengan itu, bermulalah orang ramai datang melakukan ibadah haji ke Kaabah, khususnya mereka dari seluruh Semenanjung Arab. Mereka menghormati dan memuliakan Kaabah. Dengan itu, bermulalah ibadat haji. Sejak daripada itu, seluruh bangsa Arab menganut agama Ibrahim iaitu agama yang menyembah hanya satu Tuhan.

0 comments:

About this blog

Muhammad... nama seorang lelaki agung.
Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,
Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,
Petunjuknya membawa kita ke syurga,
Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.

Note

Assalamualaikum. minta maaf jika tersilap,mohon tolong saya betulkan.

Total Pageviews

Banner

Powered by Blogger.

About Me

My Photo
razali
SSH Premium
View my complete profile