Biografi: Muhammad bin Abdullah

Perjalanan hidup seorang Nabi

Ababil
Burung yang diutus Allah bagi menghancurkan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang berniat menghancurkan Kaabah.

Ahli syajarah
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang terlibat dalam Perjanjian Hudaibiah yang dilakukan di bawah sebuah pokok samurah.

Akhirat
Hari manusia dibangkitkan semula selepas kiamat untuk dihakimi dan dihukum berdasarkan perbuatannya di dunia di hadapan Allah.

Al-Amin
Gelaran yang diberikan oleh masyarakat Quraisy kepada Nabi Muhammad sebelum turun wahyu. Ia bererti "orang yang dipercayai".

Al-Fai'
Harta rampasan daripada pengusiran ataupun perjanjian.

Al-Rahman
Salah satu nama dan sifat Allah yang bermakna maha pemurah.

Al-riwayat
Menyampaikan berita daripada seseorang kepada orang lain dengan menyebutkan pembawa berita itu.

Al-Sabiqun al-Awwalin
Orang-orang yang paling awal masuk Islam semasa di Mekah.

Al-Sadiq al-Amin
Gelaran yang diberikan orang Quraisy kepada Muhammad sebelum menjadi rasul. Ia bermaksud orang yang benar dan dipercayai.

Al-U'dhal wa al-Qaraah
dua suku Arab yang mengkianati Islam dengan berpura-pura masuk Islam dan memohon daripada Muhammad supaya menghantar wakil mengajar Islam kepada suku mereka.

Alam Barzakh
Alam Barzakh adalam alam kubur yang meliputi soal jawap malaikat, kesenangan ataupun seksa kubur.

Alim
terpelajar, cendekiawan

Allahuakbar
Ia bermaksud Allah Maha Besar.

Amirul Mukminin
Gelaran yang diberikan kepada seorang khalifah yang bermaksud ketua orang-orang yang beriman.

Ansar
Kaum yang menempati Kota Madinah dan terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj

Ashabul Samurah
Samurah adalah nama pokok yang terdapat di Hudaibiah tempat Muhammad dan sahabat-sahabatnya membuat Perjanjian Hudaibiah.

Badwi
orang-orang yang hidup di kawasan pedalaman atau kampung yang tidak terdedah dengan budaya bandar dan hidup berpindah randah (nomad)

Baiah al-Aqabah Al-Ula
Baiah bermakna janji .Manakala Aqabah adalah sebuah bukit di Mina di luar Mekah. Al-Ula bermakna pertama.

Baiah
perjanjian atau pengakutan taat setia.

Bait al-Makmur
Tempat yang terdapat di langit ketujuh. Ia Adalah kiblat dan Kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat beribadah.

Baligh
Kriteria yang menunjukkan kanak-kanak itu sudah dewasa, sempurna akal fikiran dan fizikalnya dan dibebani dengan kewajipan-kewajipan syariat.

Barrah
Bermakna daratan atau tanah. Ia adalah mimpi Abdul Mutallib yang menyuruh menggali tanah yang terdapat di sekitar Kaabah.

Bismikallahumma
Ungkapan ini dibaca semasa berdoa yang bermaksud 'Dengan namamu Allah, kami memohon'

Bismillah
Bermaksud ' Dengan nama Allah'. Setiap Muslim degalakkan membacanya setiap kali melakukan perbuatan kebajikan

Bujad
Bujad adalah kain selimut yang kasar

Bulan Haram
Bulan yang mulia, dihormati atau bulan yang suci dam diharamkan berlakunya peperangan iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Buraq
Kenderaan leuar biasa dari syurga yang membawa malaikat Jibril dan Nabi Muhammad pada peristiwa malam Israk dan Mikraj.

Dafinullah
Perkara yang dikuburkan Allah. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada Asim bin Thabit kerana semasa beliau mati syahid dipanah oleh orang-orang suku al-U'dhal dan al-Qar'ah, mereka mahu memenggal kepada beliau untuk dijadikan tebusan. Namun, Asim pernah bersumpah tidak akan menyentuh kulit orang bukan Islam dan tidak akan membenarkan orang bukan Islam menyentuh kulitnya. Allah menunaikan sumpahnya ini. Apabila orang 'Udhail dan Qarrah ingin mengambil mayatnya, tiba-tiba lebah-lebah datang mengerumuninya. Mereka menunggu sehinggah malam dengan harapan lebah-lebah itu beredar pada waktu malam. Namun, apabila malam tiba, hujan turun dengan lebat sehinggah mayat Asim telah dihanyutkan air dan mereka tidak menemukannya. Mayat Asim telah hilang daripada permukaan bumi. Oleh itu, beliau digelar dengan Dafinullah atau dafinul malaikah.

Dakwah
seruan atau ajakan untuk beriman kepada Allah dan mematuhi undang-undangnya.

Dar al-Nadwah
Dewan mesyuarat.

Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Muhammad bin Abdullah pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, "wahai pemimpin orang islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kamu fahami."

Umar menceritakan, "Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku suda bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolaknya ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main. dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis."

Umar berkata lagi, " berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari bandai Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhaa daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan ak habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku tertawa sendiri."

Ibrahim Membina bangunan Kaabah

Tuhan memerintahkan Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya ditinggalkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di sebuah lembah gunung-ganang berbatu di tengah padang pasit yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang kosong dan kering kontang.

Ibrahim berasal dari Palestin. Di Mekah, beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Apabila mereka ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kenara di situ tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.

Semasa Ibrahim hendak meniggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakan sambil bertanyakan mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehiggah akhirnya Siti Hajar bertanya, "adakah ini perintah Allah?''  ''Benar", jawap Ibrahim.

Siti Hajar berkata dengan penuh yakin, "kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita. Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu.

Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar suda mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, Jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila Ismail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Inilah sejarah telaga zamzam yang masih mengeluarkan airnya sehinggah ke hari ini. Telaga ini terletak di berdekatan dengan bangunan Kaabah di Mekah.
Bersambung....

Sambungan...

Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan bandar Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar dam menjadi sumber air dan sumber kehidupan di Yaman pada masa itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang sememangnya terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini bagi menampung air hujan bagi keperluan dan pertanian mereka. Apabila mereka ingkat kepada Tuhan, Tuhan memecahkan empangan ini.

Selepas sempangan ini pecah, bangsa Arab yang berasal dari Yaman berpindah dan mencari tempat-tempat baru. Bertebaranlah bangsa Arab ini ke seluruh Semenanjung Arab. Suku Thaqif berpindah ke Taif. Suku Aus dan suku Khazrah ke Madinah. Suku Ghasasinah sampai ke negeri Syam. Suku Manazirah pula sampai ke sempadan Iraq.

Pada masa itu, suku Jurhum melalui kawasan berdekatan degan Mekah. Mereka ternampak burung-burung bertebangan. Itu adalah petanda ada air di kawasan itu. Mereka tahu selama ini memang tidak pernah ada air di kawasan Mereka. Mereka perlu memeriksa adakah benar ada air di situ.

Apabila mereka melihat ada seorang wanita bersama anak kecil di tempat air, mereka tidak merampas air Zamzam itu daripadanya kerana mereka suku kaum yang baik. Malah mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.

Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan  memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah di atas tapad asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan.

Semasa Ibrahim dan Ismail hampir siap membina Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan seketul batu dari Syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad, ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini.

Kaabah hanyalah bangunan daripada batu yang disusun-susun. Bagaimana hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah? Oleh itu, Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia.

Ibrahim berkata , "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas Ibrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.

Ibrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara Ibrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati mereka rasa cinta bagi memuliakan Kaabah. Dengan itu, bermulalah orang ramai datang melakukan ibadah haji ke Kaabah, khususnya mereka dari seluruh Semenanjung Arab. Mereka menghormati dan memuliakan Kaabah. Dengan itu, bermulalah ibadat haji. Sejak daripada itu, seluruh bangsa Arab menganut agama Ibrahim iaitu agama yang menyembah hanya satu Tuhan.

Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan adalah nabi dan utusan Allah. Bagi orang islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.

Dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, " Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "

Bacalah selawat, "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin."
Maksudnya, "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sekalian sahabat-sahabat beliau."

About this blog

Muhammad... nama seorang lelaki agung.
Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,
Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,
Petunjuknya membawa kita ke syurga,
Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.

Note

Assalamualaikum. minta maaf jika tersilap,mohon tolong saya betulkan.

Total Pageviews

Banner

Powered by Blogger.

About Me

My Photo
razali
SSH Premium
View my complete profile